MENU

OPERASI SITA TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN

Operasi Sitaan telah dijalankan pada 12 November 2019 ke atas premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran. Operasi sitaan adalah melibatkan seramai 23 kakitangan MPKangar di mana 3 premis sekitar bandar Kangar telah dikenakan tindakan.

Tindakan sitaan harta alih melibatkan 2 akaun tunggakan cukai taksiran telah dibuat ke atas premis yang pertama di mana sebanyak 123 jenis barangan aksesori motosikal bernilai RM13,630 telah disita.

Operasi diteruskan ke premis yang kedua dan ketiga pada sebelah petang melibatkan nilai tunggakan cukai taksiran berjumlah RM8,977.43 dan RM7, 843.66 masing-masing. Operasi tamat pada jam 6.30 petang.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 11 Disember 2019 - 2:37pm