MENU

Tarikh 16 April 2013 bakal menyaksikan satu lagi pembaharuan yang dilakukan oleh MPK iaitu menganjurkan Hari Inovasi MPK.Objektif utama penganjurannya adalah untuk memperkenal dan menyebarkan hasil-hasil inovasi Majlis yang boleh dicontohi untuk faedah masyarakat dan agensi lain serta memupuk dan menyemarakkan budaya kereatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan di Majlis Perbandaran Kangar. Program yang julung-julung kali diadakan ini bakal disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis; Dato' Seri Dr. Md. Isa bin Sabu. Pada program ini, MPK bakal menampilkan inovasi-inovasi yang telah diperkenalkan oleh MPK untuk kemudahan rakyat. Antaranya adalah Tong Sampah Pintar, Kelulusan Permohonan Lesen Serta Merta, Pelaksanaan Engagement Policy bagi permohonan Kebenaran Merancang, R&D serta kerja tanah dan lain-lain lagi pembaharuan yang telah diperkenalkan oleh MPK.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 November 2019 - 9:29am