MENU

Mulai 15 Mac 2012 , pihak Majlis Perbandaran Kangar akan memulakan operasi menghantar Notis Peringatan ( Borang E ) yang mengkehendaki pemilik menjelaskan sepenuhnya bayaran dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis diserah. Notis ini akan / sedang dihantar sendiri oleh anggota – anggota Majlis kepada pemilik – pemilik. Sekiranya pemilik gagal menjelaskan semua bayaran dalam Notis Tuntuan , pihak Majlis Perbandaran Kangar boleh mengeluarkan Waran Tahanan ( Borang F ) dan boleh menyita menurut waran itu apa –apa harta alih kepunyaan pemilik atau penduduk atau kepunyaan sesiapa jua pun yang dijumpai pada pegangan yang mengenainya tunggakan itu kena dibayar. Bayaran Tahanan sebanyak 10% daripada tunggakan cukai taksiran akan dikenakan.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 November 2019 - 9:29am