MENU

TUJUAN CUKAI TAKSIRAN DIKENAKAN
Membiayai kos operasi, pengurusan perkhidmatan dan pembangunan yang dijalankan oleh pihak MPK.Ps. untuk kemudahaan dan keselesaan penduduk di kawasan MPK.Ps.  Ini adalah sesuai dengan objektif MPK.Ps. itu sendiri iaitu :

  • Menjadi badan perancang, membangun, menyelenggara dan mentadbir kawasan.

  • Penggerak perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan tempatan melalui perkhidmatan yang cekap dan berkesan penduduknya.

Bagaimana Cukai taksiran dikira ?
Cukai taksiran dikira sama ada menurut nilaian pegangan berpandukan keluasan, jenis atau sewa yang dibayar bagi pegangan berkenaan.

PEMBAYARAN
Bil-bil taksiran dikeluarkan dua kali setahun iaitu :

  • Bulan Januari bagi bil penggal pertama ( Jan-Jun ) perlu dibayar sebelum 28 Februari

  • Bulan Julai bagi bil penggal kedua (Julai -Dis ) perlu dibayar sebelum 31 Ogos

Tindakan  MPK.Ps.  Jika  Cukai Tidak Dibayar
Cukai itu akan dikira sebagai tunggakan dan pemunya pegangan boleh diambil tindakan seperti berikut :

  • Notis dalam Borang E akan dikeluarkan kepada pemunya / pemilik  pegangan dengan memberi tempoh 15 hari dari tarikh notis diserah supaya tunggakan tersebut dijelaskan.  Bayaran tambahan sebanyak lebih kurang 2% akan dikenakan menurut Seksyen 147 (1) Akta 171.

Jika masih gagal menjelaskan selepas tamat tempoh 15 hari yang ditetapkan, waran tahan akan dikeluarkan.  Waran ini membolehkan MPK.Ps. menahan harta-harta alih yang terdapat dalam pegangan itu atau menutupnya dari menjalankan operasinya dan melelong apa-apa harta alih itu melalui perintah Pendaftar Mahkamah Tinggi.  Bayaran waran tahanan sebanyak 10% juga akan dikenakan ( Seksyen 148 dan 151 Akta 171 )

 

Cukai taksiran yang gagal dibayar ditetapkan akan dikeluarkan notis tuntutan ( borang E )
yang mengandungi denda lewat seperti berikut :

Amaun Tunggakan

Denda

Kurang Daripada RM150.00

RM4.00

Melebihi  RM150.00 - RM250.00

RM8.00

Melebihi  RM250.00 - RM600.00

RM12.00

Melebihi  RM600.00

RM10.00 bagi setiap tambahan RM100.00 atau sebahagian daripadanya

DENDA BAYARAN LEWAT

 

Jumlah Wang Yang Belum Dibayar

Denda Yang Dikenakan

Kurang daripada RM 100.00

RM2.00

Melebihi RM 100.00 hingga RM200.00

RM4.00

Melebihi RM 200.00 hingga RM300.00

RM6.00

Dan seterusnya RM2.00 bagi setiap tambahan RM100.00 atau sebahagian daripadanya

Bayaran sepenuhnya hendaklah dijelaskan dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis tuntutan dikeluarkan. Jika tidak, waran penahanan akan dikeluarkan dan kos tahanan sebanyak 10% akan dikenakan.  Waran tahanan ini membolehkan Majlis menahan mana-mana harta alih yang terdapat pada pegangan tersebut.
Jika notis Tuntutan ( Borang E ) disampaikan bayaran sebanyak RM 3.00 bagi tiap-tiap satu notis dikenakan.