MENU

SUMBER JABATAN PENJAJA DAN PELESENAN

Apakah Jenis aktiviti yang memerlukan lesen  ?
Semua perniagaan yang tergolong di dalam aktiviti berikut :-

  1.  Lesen Premis Perniagaan Berisiko

  2. Lesen Penjaja

  3. Lesen Hiburan

  4. Lesen Premis Tidak Berisiko

 

Apakah cara memohon lesen premis perniagaan di bawah kategori berisiko   ?

  1. Dapatkan borang di kaunter Jabatan Pelesenan.

  2. Isikan borang dengan lengkap.  Sertakan dokumen lain yang dikehendaki.

  3. Sebaik sahaja borang diterima di kaunter, pemohon akan mendapat lesen sementara.

  4. Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas premis yang dipohon.

  5. Permohonan tersebut akan dirujuk kepada jabatan luar untuk penyediaan ulasan.

  6. Permohonan lesen akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Tetap Penjaja dan Pelesenan untuk dipertimbangkan.

  7. Pemohon akan dimaklumkan secara bertulis keputusan mesyuarat tersebut.

 

Apakah cara  memohon lesen premis perniagaan di bawah kategori tidak berisiko   ?

  1. Dapatkan borang di kaunter Jabatan Pelesenan.

  2. Isikan  borang dengan lengkap.  Serta  dokumen lain yang dikehendaki.

  3. Sebaik sahaja  borang diterima dan bayaran dibuat di kaunter, pemohon akan mendapat lesen serta-merta.