Tarikh:10 Aug 2026

Authored by

mpkadmin

Category

Berita

Share Link

Pekanbaru, Riau | Seminar Antarabangsa Green Cities Mayors Council (GCMC) IMT-GT 2026 telah berlangsung bermula 5 hingga 6 Ogos 2026 di Pangeran Hotel, Pekanbaru, Indonesia.

Seminar bertemakan "Green City for Sustainable Development" ini menghimpunkan pihak berkuasa tempatan dan pelbagai agensi dari Malaysia, Indonesia dan Thailand bagi membincangkan pendekatan terbaik ke arah pembangunan bandar yang mampan, berdaya tahan serta mesra alam.

Antara pembentangan utama termasuk perkongsian mengenai Green Policing, strategi pembandaran mampan ASEAN oleh UN-Habitat, tindakan bandar terhadap perubahan iklim oleh IGES, kerjasama sub-serantau IMT-GT serta pembiayaan hijau bagi pembangunan bandar

Pada hari kedua program diteruskan dengan Mesyuarat Antarabangsa GCMC IMT-GT memberi tumpuan kepada laporan kemajuan pelaksanaan Sustainable Urban Development Framework (SUDF) Fasa II (2024–2028) melibatkan portfolio pengangkutan, pengurusan sisa pepejal, tenaga, ekonomi kitaran, biodiversiti dan pendidikan untuk pembangunan mampan.

Tuan Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Perlis telah mengetuai delegasi bagi menghadiri Seminar Antarabangsa Green Cities Mayors Council (GCMC) IMT-GT 2026. Hadir sama pegawai-pegawai MPNPs.

Penyertaan MPNPs dalam program ini membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama serantau serta memperkasa agenda pembangunan bandar hijau, pengurusan alam sekitar dan kelestarian demi kesejahteraan rakyat.

#MPKLEADS

#perliscentric

#perlispintar

#perlisno.1

gcmc