-
Bertanggungjawab membuat dasar berkenaan dengan perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasannya.
-
Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi dengan koordianasi, bantuan serta kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
-
Memastikan semua bangunan yang dibina mengikut keperluan Undang-undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan.
-
Memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur dijalankan dengan baik untuk kemudahan dan keselesaan awam.
-
Mewujudkan sistem percukaian dan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang berkesan.
-
Memberi perkhidmatan perbandaran pada tahap memuaskan melalui proses penyeliaan yang cekap dan berkesan.
-
Memastikan kawasan Majlis Perbandaran Kangar mempunyai lanskap yang menarik serta taman rekreasi dan padang permainan yang diselenggara dengan baik.