Tarikh:14 Jul 2026

Authored by

mpkadmin

Category

Berita

Share Link

MPKangar bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, PDRM dan beberapa agensi berkaitan telah melaksanakan Operasi Bersepadu Penjaja Berhampiran Pagar Sekolah di lima lokasi sekitar Kangar.

Hasil operasi 6 Notis Larangan Menjaja telah dikeluarkan oleh MPKangar. 6 notis di bawah Peraturan 32 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 melibatkan kompaun berjumlah RM600 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, manakala Jabatan Pendidikan Negeri Perlis memberi teguran kepada penjaja yang berniaga dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekolah. PDRM turut memastikan aspek keselamatan dan kawalan lalu lintas sepanjang operasi yang berlangsung dengan lancar.

Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan semua agensi dalam memastikan persekitaran sekolah yang selamat, bersih dan teratur.

#MPKLEADS
#perliscentric
#perlisleads
#perlisno1

OPERASI