Kerajaan Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar komited dalam usaha untuk memelihara kelestarian alam sekitar serta ekosistem negara dan negeri daripada pencemaran sisa plastik dengan melaksanakan Program Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Perlis. Dengan matlamat untuk mengurang dan seterusnya mencegah penggunaan beg plastik sekali guna di kalangan pengguna, Kerajaan Negeri Perlis telah melancarkan Program Hari Tanpa Beg Plastik Peringkat Negeri Perlis pada 29 Februari 2020 melibatkan 8 kategori premis perniagaan seperti berikut :
- Pasaraya besar (hypermarket),
- Pasaraya (supermarket),
- Gedung serba serbi (departmental store),
- Kedai mudah beli (convenience store),
- Restoran makanan segera (fast food restaurant),
- Kedai mudah beli stesen minyak (petrol station convenience store),
- Kedai rantaian (chain store) dan
- Farmasi (pharmacy).

