MUMBAI INDIA, 11 Ogos 2026 - Majlis Perbandaran Perlis (MPPs) telah menerima penghargaan daripada Mumbai First diatas penglibatan Tuan Yang Dipertua MPPs mewakili Malaysia dalam forum BRICS (gabungan negara-negara ekonomi yang sedang pesat membangun iaitu Brazil, Rusia, India,China dan Afrika Selatan) Fiendship Cities Conclave 2026.
Forum bertajuk “Housing for All: Inclusive Housing and Community-Led Urban Regeneration”, memberi tumpuan kepada penyediaan perumahan mampu milik, pembangunan komuniti serta usaha mewujudkan bandar yang lebih inklusif dan sejahtera.
Barisan panel yang turut menyertai ialah Shri Sanjeev Jaiswal, IAS daripada India dan Dr.Ali Salehkarimi daripada Iran
Pembentangan, pandangan dan perkongsian pengalaman yang diketengahkan telah memperkayakan perbincangan berkaitan peluang dan cabaran pembangunan bandar khususnya dalam usaha membentuk bandar yang lebih berdaya tahan, lestari, inklusif dan bersedia menghadapi masa hadapan.
Kepercayaan yang diberikan ini adalah rentetan daripada pelbagai anugerah yang telah diterima oleh MPPs sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini seperti Smart City Early Adopter 2024, penganugerahan khas daripada Waste Managemant Association of Malaysia (WMAM) 2025 dan pengiktirafan Public Service Excellence Recognition (WMAM) 2026
Seluruh warga kerja MPPs amat berbangga dengan pencapaian terbaik ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Perlis (MPPs) kerana telah mengemudi MPPs sehingga mendapat pengiktirafan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah telah melangkah lebih jauh ke pentas antarabangsa.

