Kandungan

YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Nasional Perancang Bandar dan Desa Malaysia Ke-XXI (SUKNA Ke-21) dengan penuh gemilang bertempat di Stadium Kompleks Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 17 September 2026.

Kejohanan sukan kali ini menyaksikan PLANMalaysia Selangor diberi kepercayaan sebagai tuan rumah dengan membawa tema perpaduan dan kecemerlangan: "Kejayaan Bersama, Semangat Juara".

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Unit Pusat Setempat ( OSC), En. Abdul Rahman Madri bin Che Ahmad & Pegawai Perancang Bandar dan Desa (OSC), Puan Azlina binti Saad dari Majlis Perbandaran Perlis (MPPs) yang mewakili Zon Utara (PERLIS, KEDAH & PULAU PINANG) telah berjaya meraih pingat gangsa untuk sukan tenpin bowling berpasukan.

Kejayaan Bersama, Semangat Juara!

#MPPsLEADS
#perliscentric
#perlispintar
#perlisno1