Tarikh:05 Jun 2026

Authored by

mpkadmin

Category

Berita

Share Link

21 Mei 2026 - Mesyuarat Majlis, Majlis Perbandaran Kangar Kali Ketiga Tahun Ke-47, 2026 telah diadakan di Dewan Mesra, MPKangar.

Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua MPKangar telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis pada hari ini yang dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis MPKangar, Pengarah-Pengarah Jabatan/ Unit MPKangar dan Pengerusi ANULAE Cawangan Negeri Perlis.

Beberapa perkara berbangkit yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Majlis telah diberikan penjelasan sewajarnya oleh Tuan Yang Dipertua demi kelancaran urusan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat.

Semoga segala keputusan yang dibuat dapat memberikan manfaat dan meningkatkan mutu perkhidmatan MPKangar kepada masyarakat.

Tuan Pengerusi mewakili pihak MPKangar mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh Ahli-Ahli Majlis dan pengarah-pengarah jabatan/ unit serta ucapan terima kasih kepada semua yang hadir Mesyuarat Penuh pada hari ini.

#MPKLEADS
#perliscentric
#perlispintar
#perlisno1

mesyuarat