Kandungan

Tarikh: 28 April 2026
Masa : 7.45 malam
Tempat: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis

Program Bicara Santai Suara Peniaga telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform interaksi antara MPKANGAR dan para peniaga.

Pelbagai isu telah dibangkitkan, termasuk cabaran operasi perniagaan masa kini, pelesenan, infrastruktur serta manfaat kepada para peniaga.

Yang Berhormat Tuan Izizam bin Ibrahim bersama Tuan Yang Dipertua MPKANGAR telah hadir menyertai sesi soal jawab.

Turut hadir Yang Berhormat Puan Gan Ay Ling serta Ahli-ahli Majlis MPKANGAR.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menyumbang pandangan demi memperkukuh ekonomi setempat.

#MPKLEADS
#perliscentric
#perlisno1
#perlispintar