Tarikh:07 Sep 2026

Authored by

mpkadmin

Category

Berita

Share Link

SIMPANG EMPAT PERLIS, 1 September 2026 – Majlis Perbandaran Perlis (MPPs) terus memperkukuh peranan sebagai pihak berkuasa tempatan yang dekat dengan rakyat menerusi penganjuran Program Walkabout YAB Menteri Besar Perlis Bersama Peniaga-Peniaga Sempena Sambutan Hari Malaysia 2026.

Program yang berlangsung di sekitar Pekan Simpang Empat dimana YAB Menteri Besar Perlis telah melapangkan masa turun padang menyantuni para peniaga serta komuniti setempat sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan sambutan Hari Malaysia yang bakal diraikan pada 16 September 2026.

Dalam suasana santai dan penuh kemesraan, YAB Menteri Besar Perlis turut beramah mesra dengan para peniaga, selain mendengar secara langsung pandangan, cadangan serta maklum balas berkaitan aktiviti perniagaan dan persekitaran setempat.

Bagi MPPs, pendekatan turun padang dan mendengar suara masyarakat merupakan antara usaha penting dalam memastikan perkhidmatan yang sentiasa responsif, prihatin dan selari dengan keperluan komuniti.

YAB Menteri Besar Perlis turut diiringi Tuan Yang Dipertua MPPs, Pengarah FAMA, Pegawai SWCorp serta E-Idaman.

Turut hadir Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawai MPPs.

Cetusan program seperti ini bukan sekadar menyokong serta mendokong kemeriahan Sambutan Hari Malaysia, malah memperlihatkan komitmen berterusan MPPs dalam membina hubungan yang lebih erat bersama komuniti, memperkukuh kesejahteraan kawasan perniagaan serta memastikan aspek kebersihan, keceriaan, keselamatan dan keselesaan terus menjadi keutamaan lebih - lebih dengan kehadiran YAB MB mengukuhkan lagi komitmen pihak kerajaan negeri.

#MPPsLeads
#perliscentric
#perlispintar
#perlisno.1

SEMARAK HARI MALAYSIA 2026