Skip to main content
You are here

PERMOHONAN PELAN BANGUNAN
SUMBER  JABATAN BANGUNAN

1) Apa itu kebenaran mendirikan bangunan ?

  • Menurut AKTA JALAN PARIT DAN BANGUNAN 1974, BAHAGIAN V BANGUNAN, Tiada  seseorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis  terlebih dahulu daripada  Pihak  Berkuasa  Tempatan ( Majlis  Perbandaran Kangar, Perlis).
  • Di mana seseorang yang bercadang mendirikan bangunan hendaklah mengemukakan  apa-apa pelan penentuan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil di bawah AKTA ini iaitu Undang-Undang  Kecil  Bangunan Seragam 1984 .
  • Proses kelulusan pelan bangunan merupakan proses terakhir untuk peringkat  menjalankan  pembangunan selepas pihak pemaju berjaya mendapat kelulusan pelan kebenaran  merancang , pelan  kerja  tanah dan pelan jalan dan perparitan.

2)  TAHUKAH ANDA APAKAH JENIS KERJA-KERJA PEMBANGUNAN YANG PERLU KELULUSAN  PELAN BANGUNAN ?

Jenis-jenis bangunan yang memerlukan kelulusan Majlis Perbandaran Kangar mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 adalah seperti berikut:

  1. SEBARANG  PEMBANGUNAN BARU​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​
    1. ​​​​​​​PEJABAT, BANK, PEJABAT POS, KEDAI, GEDUNG PERNIAGAAN, PASARAYA DAN LAIN-LAIN BANGUNAN PENTADBIRAN DAN PERDAGANGAN KECUALI RUMAH KEDAI  YANG WUJUD PADA MASA  BERKUATKUASANYA UNDANG-UNDANG  KECIL INI ;
    2. BANGUNAN-BANGUNAN UNTUK PERJALANAN KERETAPI, JALAN RAYA, LAUT DAN UDARA DAN TEMPAT-TEMPAT BERKAITAN DENGANNYA BANGUNAN TEMPAT LETAK KERETA DAN KILANG
    3. HOSPITAL, PUSAT PERUBATAN, KLINIK DAN LAIN-LAIN, BANGUNAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN
    4. RESTORAN, DEWAN KONSERT, PANGGUNG, PAWAGAM, BANGUNAN-BANGUNAN  PERSIDANGAN, BANGUNAN SUKAN DAN LAIN-LAIN GERAI MINUMAN, BANGUNAN HIBURAN DAN REKREASI
    5. BANGUNAN KEAGAMAAN
    6. SEKOLAH, KOLEJ, UNIVERSITI, ZOO, MUZIUM, GALERI, KESENIAN, PERPUSTAKAAN, BANGUNAN PAMERAN DAN LAIN-LAIN BANGUNAN PENDIDIKAN, KEBUDAYAAN DAN SAINTIFIK
    7. ASRAMA, HOTEL DAN LAIN-LAIN BANGUNAN TEMPAT TINGGAL SELAIN DARIPADA  RUMAH KEDIAMAN KELUARGA PERSENDIRIAN ( RUMAH KAMPUNG )
  2. PINDAAN  PELAN  BANGUNAN
    1. ​​​​​​​ Perubahan pelan selepas pelan bangunan diluluskan dan di mana status bangunan  belum memperolehi  CCC atau CFO.
  3. BANGUNAN  LAMA
    1. ​​​​​​​ Apabila  membuat  sambungan  kepada  sesebuah bangunan
    2. Mendirikan atau mengubah sekatan dalam bangunan terutama bangunan perniagaan yang melibatkan kegunaan awam atau apa sahaja jenis bangunan
    3. Menutup telaga udara atau kawasan lapang , pembinaan anjung letak kereta
    4. Mendirikan dinding  penahan atau pagar
    5. Meruntuh buang dan mendirikan semula  bangunan setiap jenis bangunan
  4. BINAAN  BANGSAL  ATAU BANGUNAN SEMENTARA​​​​​​​
  5. BINAAN STRUKTUR DINDING PAGAR HOARDING PAPAN DENDENG DI TAPAK PEMBINAAN

 

3) APAKAH YANG PERLU ANDA BUAT APABILA BERHASRAT MEMBUAT PEMBANGUNAN DI ATAS?

Mana-mana pihak yang bercadang untuk mengemukakan pelan bangunan hendaklah melantik Pelukis Pelan, Arkitek dan Jurutera yang bertauliah untuk menyediakan dan menguruskan  pelan berkenaan dengan  pihak Majlis  melalui Unit OSC.

4) JENIS  BINAAN YANG DIKECUALIKAN DARI  KELULUSAN PELAN BANGUNAN ?

  1. Binaan atap awning  atas pintu jendela  atau sebagainya yang tidak melebihi 1.2m.
  2. Mengubah jenis material bahan binaan seperti jenis lantai konkrit sedia ada dengan   memasang lantai jenis mosaic, tiles, terrazzo atau marmar.
  3. Memasang pintu pagar berlipat-berlipat dan besi penyilang, tingkap dan pintu yang lain

5) 3 KATEGORI BANGUNAN  APABILA  DIPROSES  DI PERINGKAT MAJLIS?

  1. Pelan-pelan sambungan / ubahsuai bangunan
  2. Pelan-pelan bangunan sesebuah ( banglo jenis kekal, jenis separuh kekal, kilang gerai dan lain-lain )
  3. Pelan-pelan bangunan perumahan, kompleks,  projek berskala  besar.

6)  Apakah senarai semakan yang dijalankan ketika menyemak dan meluluskan pelan bangunan?

Pihak Majlis berkuasa untuk memberi arahan bertulis kepada pihak yang mengemukakan  pelan supaya memastikan aspek-aspek berikut dipatuhi iaitu :-

  1. AKTA JALAN PARIT DAN BANGUNAN 1974
  2. ORIENTASI TAPAK  
    • Perletakan tapak sesuatu bangunan dan ruang yang akan ditinggalkan lapang di keliling mana-mana bangunan untuk membolehkan cahaya matahari senang masuk dan udara senang beredar dan memudahkan pembuangan sampah.
  3. ARAS TAPAK
    • ​​​​​​​Aras takat mana asas tapak dan tingkat rendah atau peninggian aras tapak   supaya asas tapak stabil dan kukuh.
  4. GARIS  BIDANG HADAPAN
    • Garis ini disediakan berdasarkan kedudukan bangunan berdekatan, jalan awam yang berdekatan.  Garis ini diukur dalam lingkungan lima puluh ( 50 ) kaki  dari jalan awam
  5. KEDUDUKAN PELAN TEGAK HADAPAN BANGUNAN
    • ​​​​​​​Pelan tegak hadapan dan pelan tegak rusok bersempadan dengan suatu jalan awam.  Kedudukannya adalah dalam lingkungan lima puluh ( 50 ) kaki dari jalan awam.
  6. ANJAKAN HADAPAN  BANGUNAN ATAU KE BELAKANG
    • ​​​​​​​Garis aturan jalan awam hendaklah ditentukan oleh pihak  berkuasa seperti JKR.
  7.  REKABENTUK BANGUNAN
    • ​​​​​​​Tertakluk kepada pemohon mengikut kelas dan reka bentuk masing-masing.