Skip to main content
You are here

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

30 April 2025: Satu taklimat berkaitan Pengurusan Tatacara Smart Parking Negeri Perlis bersama Syarikat Snatch Park Biz Solutions telah diadakan di Dewan Mesra, MPKangar pada jam 8.30 pagi yang melibatkan semua Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MPKangar. Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan dan pencerahan kepada semua Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MPKangar.

Setelah selesainya taklimat tersebut, Majlis Serahan Cek Insurans Takaful Keluarga (penyakit kritikal) dan Insurans Takaful Kemalangan telah diserahkan kepada tiga (3) orang penerima yang merupakan kakitangan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kangar. Serahan cek tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua, MPKangar. Pihak MPKangar berharap semoga serahan cek ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada para penerima.

Selain itu, pada jam 10.00 pagi, telah berlangsungnya Mesyuarat Majlis, Majlis Perbandaran Kangar Kali Kedua Tahun Ke-46, 2025. Terdapat beberapa perkara yang telah dibangkitkan dan dibincangkan di dalam mesyuarat ini bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. Wakil Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) juga turut hadir di dalam Mesyuarat Majlis pada hari ini.

Ahli mesyuarat juga telah diberi taklimat berkaitan status pengurusan sampah kampung di negeri Perlis yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan. Satu penyelarasan akan dilaksanakan bagi melancarkan gerak kerja penyerahan kampung kepada SWCorp bagi tujuan pemberian perkhidmatan kutipan sampah.

#perliscentric

#PERLISLeADS

#perlisno1