Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

TARIKH : 26.02.2024
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT :PERKARANGAN MASJIS AS-SOBIRIN, KAMPUNG GIAL

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri bin Ramli telah hadir pada program ini. Turut hadir adalah, ADUN Mata Ayer merangkap EXCO Kerajaan Negeri Perlis dan juga wakil-wakil daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Persekutuan.

Objektif program ini adalah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dalam membincangkan pemasalahan di kalangan penduduk khususnya di kawasan DUN Mata Ayer. Sesi dialog yang diadakan telah memberikan peluang kepada masyarakat setempat menyuarakan pandangan dan masalah yang dihadapi terutamanya berkaitan isu ekonomi negeri Perlis, pertanian, penjaja, kemuadahan awam dan pengurusan & pemilikan tanah. Dalam Majlis tersebut, YAB Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan bantuan kepada golongan asnaf di DUN Mata Ayer yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Encik Norazlan Bin Yahaya telah turut meluangkan masa menyertai program ini mendengar keluhan dan bnkmemberikan penjelasan berhubung isu yang berkaitan dengan bidang kuasa MPK.