Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Lawatan tapak serta perbincangan bersama Syarikat Air Perlis Sdn Bhd

Lawatan tapak serta perbincangan bersama Syarikat Air Perlis Sdn Bhd berkaitan permasalahan dan langkah langkah penyelesaian secara alternatif sementara bagi isu tekanan dan bekalan air yang telah berlaku di tandas awam. Lokasi tersebut adalah di Laman Brasmana, Jalan Serawak dan Pasar Kuala Perlis.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Pengarah Pejabat Cawangan Kuala Perlis dan Simpang Empat, wakil daripada Jabatan Kejuruteraan dan wakil Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan.

#MPKDihatiRakyat
#sesiperbincangan

MPK

PROGRAM KITAR SEMULA “TRASH TO CASH” BERSAMA KOMUNITI DUN SANTAN, PERLIS

Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) telah menganjurkan Program Kitar Semula “Trash To Cash” Bersama Komuniti Dun Santan, Perlis seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Taman Santan 2, Perlis