Tuan Norazlan Bin Yahaya, YDP MPKangar bersama dengan Puan Che Ma Binti Ahmad, Ahli Majlis Kawasan Chuping telah meluangkan masa menziarahi balu dan keluarga Allahyarham Encik Rashid Bin Hussain, Ahli Majlis MPKangar tahun 2022 yang telah meninggal dunia pada 10 Februari 2022.
Ziarah Ramadan ini adalah untuk menyerahkan sumbangan berbentuk tunai dan cek daripada MPKangar kepada keluarga Allahyarham. Sumbangan ini diserahkan oleh Tuan YDP kepada Puan Jariah Binti Che Ain, balu Allahyarham Encik Rashid Bin Hussain.
Majlis mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Pemantauan Harga Di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perlis Bersama Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar Telah Dibuat Bagi Memantau Kenaikan Harga Di bulan Ramadan.
Telah Diadakan Operasi Bersepadu Ramadan Oleh Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan MPK.Ps Bersama Pasukan Sahabat Yang Diketuai Oleh Pejabat Agama Islam Negeri Perlis
Operasi menurunkan banner-banner lusuh, tamat tempoh dan yang tidak berlesen oleh Jabatan Undang-undang dan penguatkuasaan di sekitar Bandar Kangar