Skip to main content

F.A.Q: PELAKSANAAN ENGAGEMENT POLICY BAGI PERMOHONAN PELAN PEMBANGUNAN DI MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

You are here

PELAKSANAAN ENGAGEMENT POLICY BAGI PERMOHONAN PELAN PEMBANGUNAN
DI MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

  1. Apakah itu Engagement Policy ?

‘Engagement policy' adalah merupakan perbincangan awal berkenaan pelan pembangunan yang disediakan sebelum ianya dikemukakan secara rasmi melalui Unit Pusat Setempat(OSC) untuk pertimbangan Jawatankuasa OSC, Majlis.

  1. Mengapa ia dilaksanakan?

‘Engagement policy' dilaksanakan  bertujuan untuk mempercepatkan proses  pematuhan syarat-syarat teknikal yang dikenakan ke atas pelan pembangunan yang bakal dikemukakan kepada Unit OSC.

  1. Bila dan dimana ia dilaksanakan?

Pihak Majlis menetapkan ‘Engagement policy' dilaksanakan pada hari Selasa setiap minggu bermula jam 2.30 petang. Ianya dilaksanakan di Pejabat Majlis Perbandaran Kangar, Perlis(MPK.Ps).

  1. Bagaimana ia dilaksanakan  dan Siapakah yang terlibat dalam Engagement Policy?

Perunding (Jururancang/Akitek) dikehendaki menghubungi Jabatan Perancangan & Pembangunan dan Jabatan Kejuruteraan untuk temujanji. Apabila tarikh temujanji telah ditetapkan, perunding dikehendaki datang ke Pejabat MPK.Ps dengan membawa bersama dokumen yang diperlukan. Perbincangan akan diadakan di antara pihak perunding bersama Tuan Yang DiPertua dan Jabatan teknikal dalaman.

  1. Berapa lamakah proses ini dijalankan?

Proses ini dijalankan dalam tempoh 5 hari berkerja.

  1. Apakah yang diperlukan semasa Engagement Policy diadakan?

Dokumen yang diperlukan adalah 2 salinan pelan peromohonan kebenaan merancang, sesalinan dokumen tanah iaitu Geran tanah dan siji Carian Rasmi terkini dan sesalinan Pelan Ukur yang disediakan oleh Jurukur Bertualiah. Bagi Permohonan Pelan kejuruteraan yang diperlukan adalah 2 salinan Pelan  Kerja Tanah, 2 salinan Pelan Pengurusan Trafik, Pengiraan Kawalan Kelodak dan Hakisan (ESCP), 2 salinan Pelan Parit dan Jalan danPengiraan hidraulik yang lengkapyang disediakan oleh Jurutera Bertauliah.  Permohonan Pelan Bangunan adalah permohonan optional dengan hanya mengemukakan 2 Pelan Bangunan. Dokumen dan pelan tersebut perlu dikemukakan kepada jabatan sebelum tarikh temujanji ditetapkan.

  1. Apakah peranan pihak perunding di dalam Engagement Policy?

Pihak perunding yang dilantik oleh pemaju atau tuan tanah merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan permohonan, membuat temujanji, membentangkan pelan permohonan serta mematuhi syarat-syarat teknikal yang ditetapkan sebelum mengemukakan semula pelan permohonan yang lengkap melalui Unit OSC.

  1. Apakah yang harus dibuat selepas Engagement Policy?

Perunding dikehendaki mencatit semua keperluan dan syarat-syarat teknikal yang telah ditetapkan oleh Jabatan Teknikal Dalam MPK. Pihak Jabatan Perancangan dan Pembangunan akan mengemukakan ulasan secara bertulis  berdasarkan apa yang telah ditetapkan semasa perbincangan diadakan. Perunding akan membuat pindaan pelan sekiranya perlu dan memenuhi semua syarat-syarat yang diperlukan dan seterusnya mengemukakan permohonan rasmi melalui Unit OSC. Pihak Unit OSC akan menyemak permohonan tersebut, dan hanya pelan pembangunan yang lengkap dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan diproses.

Bagi mendapat maklumat dan penerangan yang lebih jelas anda boleh menghubungi:-

YANG DIPERTUA MAJLIS,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR,
NO.192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000, KANGAR PERLIS
Tel: 04 –9762188
Faks : 04 – 9766052