Skip to main content
You are here
Tarikh tutup

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Perlis yang bermastautin di Parlimen Padang Besar) dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf sambilan (PSH) di Pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:

 

A.     SKIM PERKHIDMATAN

Nama Jawatan

Taraf Jawatan

Kumpulan Perkhidmatan

Klasifikasi Perkhidmatan

Kadar Upah (RM/Sehari)

Pembantu Operasi Letak Kereta Gred N11

(Penempatan Di Pejabat MPK.Ps Cawangan Padang Besar)

Sambilan

(PSH)

Pelaksana

Pentadbiran dan Sokongan

54.00

 

B.     SYARAT LANTIKAN

JAWATAN – PEMBANTU OPERASI LETAK KERETA  GRED N11

1.         Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a)       Warganegara Malaysia ;

(b)       Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)       (i)        Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf   dengannya   oleh kerajaan dan

           (ii)        memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan P] ;

                                    dan

(d)       Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

 

C.     CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT

  1. Iklan kekosongan jawatan ini boleh dilihat dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar dengan melayari http:www.mpkangar.gov.my
  2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 yang boleh didapatkan dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.
  3. Semua permohonan jawatan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 dengan disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
    1. Kad Pengenalan ( depan dan belakang ),
    2. Sijil Kelahiran,
    3. Sijil Berhenti Sekolah,
    4. Sijil-sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/ atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan),
    5. Sijil Kegiatan Luar (jika ada),
  4. Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  5. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

 

D.     TARIKH  TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong bagi jawatan tersebut di atas ialah pada 21 Februari 2020  (Jumaat ), jam 5.00 petang.

 

E.     ALAMAT PERMOHONAN

1.         Permohonan yang lengkap diisi berserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan dan disampaikan kepada :

                                    YANG DIPERTUA,

                                    MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,

                                    NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,

                                    01000 KANGAR,

                                    PERLIS.

                                    (u.p. : Jabatan Korporat dan Sumber Manusia)

2.         Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

 

F.      MAKLUMAT AM :

  1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :
    1. Tidak menggunakan Borang PABMS/MPK PS-12-R1.
    2. Tidak menyertakan salinan dokumen/Sijil yang disyaratkan.
    3. Menyertakan salinan dokumen/Sijil yang tidak dibuat pengesahan.
    4. Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang / jelas.
    5. Memohon jawatan yang tidak diiklankan.
    6. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
    7. Borang permohonan tidak ditandatangani.
    8. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan;

dan

  1. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.
  2. Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
  4. Sila ambil maklum pengambilan Pekerja Sambilan Harian(PSH) bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.