Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Program diΒ  bawah Peruntukan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Kawasan Indera Kayangan.

π˜šπ˜œπ˜”π˜‰π˜ˆπ˜•π˜Žπ˜ˆπ˜• π˜‰π˜ˆπ˜’π˜œπ˜“ π˜”π˜ˆπ˜’π˜ˆπ˜•π˜ˆπ˜• DAN PENYERAHAN BENDERA MALAYSIA

TarikhΒ Β  Β Β  : 29 Ogos 2021
MasaΒ Β Β Β Β Β  : 2.30 petang
TempatΒ Β  : Unit Pembangunan Komuniti

AnjuranΒ Β  Β : Ahli Majlis Kawasan Indera Kayangan
i) Puan Huzaini Binti Abdul Hamid
ii) Puan Lam Yit Thai
iii) Encik Muralitharan A/L Marathamuthu

Hadir bersama dalam penyerahan sumbangan bakul makanan dan bendera Malaysia pada hari ini ialah YAB Dato' Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis danΒ  Tuan Norazlan Bin Yahaya,
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Bakul makanan ini disumbangkan kepadaΒ  226 orang penduduk di kawasan Indera Kayangan yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19. Seramai 18 orang dijemput hadir mewakiliΒ  penerima dari 18 cawangan di kawasan Indera Kayangan untuk menerimaΒ  bakul makanan yang disalurkan melalui peruntukan Ahli Majlis,Majlis Perbandaran Kangar.

DisampingΒ  itu, 198 unit bendera Malaysia juga diserahkan kepada 18 orang JPKK Indera Kayangan.

Sempena menjelangnya Hari Kemerdekaan ke 64 tahun, kibaran jalur gemilang oleh Tuan Yang Dipertua MPK. Ps serta 36 orang penerima bakul makanan dan bendera Malaysia telah diadakan semasa program tersebut sebagai tanda menyemarakkan semangat kemerdekaan di kawasan Indera Kayangan. Kibaran jalur gemilang ini diketuai oleh YAB Dato' Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis.