Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Pelantikan Penggantian Sebagai Anggota Majlis (Ahli Majlis) Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi tahun 2022

Pagi ini telah dilaksanakan Majlis Pengakuan menerima jawatan sebagai Anggota Majlis dihadapan Tuan Ydp untuk Encik Ismail Bin Ahmad ,Ajk Bahagian Parlimen Padang Besar.

Pelantikan penggantian Ahli Majlis ini adalah bagi menggantikan Allahyarham Encik Rashid Bin Hussain drpd Parlimen Padang Besar yang telah meninggal dunia pada 10 Februari 2022.

MPKangar mengucapkan tahniah kepada Encik Ismail Bin Ahmad di atas pelantikan Anggota Majlis ini.

#MPKDihatiRakyat
#AhliMajlisMPKangar2022