Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

PROJEK RINTIS PENGURUSAN DAN KUTIPAN SISA PEPEJAL DI KAWASAN LUAR BANDAR NEGERI  PERLIS ( FASA 1)

Tarikh    :  13 Mac 2023 (Isnin)
Masa     :  3.30 petang
Tempat :  Perkarangan Rumah JKK,Kampung Jejawi Sematang

Majlis dihadiri oleh Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kangar Haji Hakimi Bin Mohamad dan En.Mohamad Faisol Bin Abdul Rahman serta dari agensi kerajaan yang berkobolarasi dengan kerajaan Negeri iaitu Majlis Perbandaran Kangar,Bahagian Pentadbiran Daerah,Bahagian Kerajaan Tempatan,SWCORP dan Environment Idaman dalam pelaksanaan Projek Rintis Pengurusan Sisa Pepejal Di Kawasan Luar Bandar Negeri Perlis  iaitu kawasan kampung yang pertama di Malaysia yang diberi perkhidmatan kutipan dari rumah ke rumah.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung serta wakil agensi yg terlibat secara langsung  dan tak langsung dalam menjayakan Projek Rintis yang pertama di Malaysia amnya.

Objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk menjadikan Negeri Perlis bersih  dan bebas daripada sampah serta pencemaran. Selain itu dapat mengurangkan janaan sampah dengan menggalakkan aktiviti kitar semula seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Pelaksanaan projek rintis ini melibatkan keseluruhan 15 buah kampung di Negeri Perlis yang dibahagikan kepada 2 fasa pelaksanaan yang telah bermula pada 7 Mac 2023 bagi Fasa 1.

#AgendaPerlisBersihSihat
#PerlisGoClean
#HealthyPerlis