Event Date
Event Date
Kandungan
Kandungan
Operasi Penguatkuasaan Cukai Taksiran (Serahan Waran F)
Satu Operasi Penguatkuasaan Cukai Taksiran telah diadakan di kawasan Jejawi. Objektif utama operasi tersebut diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada pembayar cukai agar menjelaskan tunggakan cukai taksiran. Operasi ini telah dijayakan oleh Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Kangar.
Perabot yang dianggarkan bernilai RM 13,000.00 telah berjaya disita di dalam operasi ini. Adalah diingatkan kepada semua pembayar cukai supaya sentiasa mengemaskini bayaran cukai taksiran bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
SILA JELASKAN CUKAI TAKSIRAN ANDA SEBELUM DIKENAKAN TINDAKAN SITAAN
#MPK GO CASHLESS