Skip to main content
You are here

Event Date

Event Date

Kandungan

Kandungan

Program ini merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak Majlis di dalam usaha  membantu masyarakat mengelakkan pembaziran makanan sambil membantu mereka beramal pada bulan Ramadhan.

Dalam program ini, peniaga-peniaga Bazar Ramdhan Arau telah menyerahkan makanan secara ikhlas kepada Majlis lalu makanan-makanan tersebut diagihkan oleh pihak Majlis kepada Masjid dan surau yang berhampiran.

Turut hadir Ahli Majlis Kawasan Pauh, Encik Saifol Zairy Bin Abd Rahim, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff bin Yaacob, Pengarah Pejabat Majlis Perbandaran Kangar Cawangan Arau, En Firdaus Bin Saadon, Setiausaha Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Kangar, Encik Redzuan Bin Zakaria  serta kakitangan-kakitangan Majlis Perbandaran Kangar dari Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pelesenan dan Jabatan Korporat dan Sumber Manusia.

Terima kasih di atas komitmen dan kerjasama daripada Ahli Majlis. Tidak dilupai pihak-pihak yang sudi memberikan sumbangan makanan dan petugas-petugas yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menjayakan program ini.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar