Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Lawatan Tinjauan Pencahayaan dan Pintu Gerbang Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis

Tarikh    : 10 Mei 2023 (Rabu)
Masa     : 8.30 hingga 12.00 tengah malam
Tempat : Sekitar Negeri Perlis

Yang Dipertua MPKangar, Tuan Norazlan bin Yahaya dan Ketua Unit Elektrik, Jabatan Kejuruteraan, Encik Mohd Nasri bin Abd Rahman telah menyertai Lawatan Tinjauan Pencahayaan dan Pintu Gerbang Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis yang diketuai oleh YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail, Ahli Majlis Mesyurat Kerajaan Negeri Perlis.

Lawatan tinjauan ini diselaraskan oleh Unit Pengurusan Korporat dan Integriti, Pejabat SUK Perlis bertujuan untuk melihat persediaan pencahayaan, persediaan pintu-pintu gerbang dan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan penambahbaikan bagi menjayakan Sambutan  Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar