Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Objektif lawatan adalah untuk mendapatkan penerangan berkenaan pelaksanaan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (Drive Thru Recycling Centre) Environment Idaman dan selanjutnya mengadakan  lawatan tapak ke lokasi tersebut.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Afiq bin Ahmad, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran bersama 14 orang pegawai daripada Unit Kesihatan dan Persekitaran, Majlis Perbandaran Manjung.

Turut hadir Tuan Setiausaha, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, Pengarah Jabatan Korporat dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kangar,  Pengurus Cawangan Perlis Environment Idaman Sdn. Bhd. serta wakil Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar