Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Unit Pengurusan Aset, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis kutip hampir RM10,000.00 hasil pelupusan secara lelongan kenderaan milik MPKangar

KANGAR – Unit Pengurusan Aset, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis berjaya mengutip RM 9,200.00 hasil pelupusan kenderaan milik MPKangar yang dilaksanakan melalui kaedah lelongan secara dalaman pada Rabu 31 Mei 2023.
Lelongan yang diurusetiakan oleh unit ini melibatkan 2 jenis kenderaan iaitu Perodua Kancil 850EX dan Window Van Ford Econovan 2500D. Perodua Kancil yang bermula dengan harga simpanan RM 1,000.00 telah berjaya dibida dengan harga bidaan tertinggi sebanyak RM 3,100.00 manakala Window Van Ford Econovan yang bermula dengan harga simpanan RM 2,000.00 telah berjaya dibida dengan bidaan tertinggi sebanyak RM 6,100.00.
Jualan lelongan yang bermula pada jam 9.00 pagi di Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar, telah dirasmikan oleh Tuan Norazlan bin Yahaya, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar dan melibatkan seramai 9 orang pembida. Turut dijemput hadir sebagai pemerhati adalah Pengarah Unit Audit Dalam, Encik Mohammad Faizal bin Ahmad dan 2 orang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis.
Pihak MPKangar merakamkan ucapan terima kasih atas segala komitmen yang telah diberikan dalam usaha menjayakan acara lelongan dalaman ini.