Event Date
Kandungan
Objektif lawatan adalah untuk mengetahui kaedah pengurusan penyelenggaraan sistem saliran dan pengurusan Sungai serta kaedah sistem empangan yang digunapakai. Seterusnya peserta lawatan dengan diiringi oleh wakil-wakil pegawai dari Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kangar telah di bawa ke Empangan Timah Tasoh bagi meninjau kaedah sistem empangan di Negeri Perlis.
Lawatan ini diketuai oleh Hj.Mohd Fadzil Suhaimi Bin Talibin, Ketua Penolong Pengarah Saliran Dan Pengurusan Sungai bersama 35 orang pegawai daripada Bahagian Saliran & Pengurusan Sungai, Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Turut hadir Pengarah Jabatan Korporat dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kangar, serta wakil dari Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kangar.
#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat