Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Tarikh : 8 September 2023 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Persekutuan, Aras 3, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis

Taklimat dan perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, En. Raziff bin Yaacob. Taklimat berkaitan permasalahan dan kaedah penambahbaikan dalam pengurusan sampah luar bandar negeri Perlis bagi "PROJEK RINTIS PENGURUSAN SAMPAH KAMPUNG FASA 2".Turut hadir adalah Pengarah SWCORP Perlis, Tuan Shamsuharizal bin  Basir ,Ahli Majlis dan penghulu yang mewakili Bahagian Pentadbiran Daerah Pejabat SUK Negeri Perlis .

Majlis Perbandaran Kangar diwakili oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, Cik Aziah bin Azizan bersama 2 orang kakitangan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, Penolong Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.