Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Tarikh   :  31 Mac 2024 (Ahad).
Masa    :  11.30 pagi
Tempat :  Pasaraya Giant, Kangar, Perlis.

Majlis Perbandaran Kangar telah mengadakan pelancaran fasa seterusnya Program Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Perlis dan Sesi Walkabout oleh YB Tuan Asrul Aimran bin Abd Jalil, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Perumahan dan Kerajaan Tempatan) bertempat di Pasaraya Giant, Kangar, Perlis. Kehadiran YB Asrul telah disambut oleh YBrs. Encik Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Setiausaha MPKangar dan Ahli-ahli Majlis MPKangar.

Turut hadir bagi menyokong program ini ialah YBrs. Encik Jamal Affendy bin Shahar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis dan YBrs. Encik Shamsuharizal bin Basir, Pengarah SWCorp Negeri Perlis serta wakil Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Perlis, Pengurus Pasaraya Giant Cawangan Kangar, wakil-wakil media dan pengarah-pengarah jabatan MPKangar.

Sesi ini bertujuan untuk mempromosikan fasa seterusnya pelaksanaan Program Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Perlis ke arah usaha untuk mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap beg plastik sekali guna yang dibekalkan oleh premis-premis perniagaan dan menggalakkan pengguna untuk mengubah tabiat dengan menukar kepada penggunaan beg yang sesuai yang boleh digunapakai berulang kali semasa membeli-belah.

Kutipan fi beg plastik yang dikenakan adalah bertujuan untuk menggalak dan mendorong masyarakat supaya tidak meminta atau menggunakan beg plastik sekali guna di premis-premis perniagaan yang terlibat. Sekiranya tidak mahu dikenakan fi berkenaan, para pengguna mempunyai pilihan dengan membawa sendiri beg yang sesuai yang boleh diulang guna semasa membeli-belah di premis-premis berkenaan.

Semoga dengan usaha ini, kita sama-sama dapat membantu memelihara dan menyelamatkan alam sekitar kita daripada terus terancam oleh pencemaran sisa plastik