Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Pentadbiran SUK Negeri Perlis dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah menganjurkan Program Khas Perlis Hebat Sihat Milik Semua : Budayakan Hidup Sihat pada 23 November 2024 bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar.

Objektif program ini adalah sebagai usaha untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Negeri Perlis agar kekal sihat sejahtera dan produktif.

Majlis Perbandaran Kangar disertai seramai 60 orang kakitangan pelbagai Jabatan dalaman MPKangar dan diketuai oleh Encik Mohd Faizal Bin Ahmad, Pengarah Unit Audit Dalam yang mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan iaitu Aerobik Mega dan 10,000 Langkah Perlis Sihat Sejahtera, booth-booth Santai Ilmu serta saringan kesihatan dan pergigian.

#perliscentric
#PERLISLeADS
#perlisno1