Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Tarikh : 21 Februari 2025

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Kangar, Arau

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah hadir ke Sesi Perkongsian Pengerusi Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam (SPA) Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis dengan tajuk "Milenial: Isu dan Cabaran Kepimpinan Masa Kini” bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Kangar, Arau.

Hadir bersama dalam program ini adalah Yang Amat Arif, Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh panel khas iaitu Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan.

Program ini dihadiri seramai 750 penjawat awam negeri Perlis yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Persekutuan, Jabatan Negeri, Badan Berkanun Negeri, Pengetua, Guru Besar, Pengarah Jabatan/ Unit/ Pejabat Cawangan, serta Pegawai–Pegawai Jabatan Dalaman MPKangar.

Semoga sesi perkongsian ini memberi manfaat yang besar kepada semua, serta memperkukuhkan lagi hubungan antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan penjawat awam negeri Perlis.

Majlis Perbandaran Kangar mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus di atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang berlangsung serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

#perliscentric

#PERLISLeADS

#perlisno1