Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Tarikh: 16 April 2025 (Rabu)

Lokasi: Dataran Dato Sheikh Ahmad

Bagi memastikan kelancaran dan kemeriahan sambutan Jubli Perak yang bakal berlangsung pada 17 April 2025, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah turun padang bersama pasukan Penguatkuasa bagi meninjau dan menyelaras persiapan akhir pemasangan bendera di lokasi-lokasi utama sekitar bandar.

Antara lokasi yang terlibat termasuk:

i)Pejabat MPKangar

ii)Dataran Dato Sheikh Ahmad

iii)Gerai MPK Korner

iv)Taman Lencongan Dua

v)Persiaran Jubli Emas (berhampiran Masjid Syed Alwi)

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperindah persekitaran serta menyemarakkan semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan warga Perlis menjelang hari bersejarah ini.

Segala persiapan dilakukan dengan penuh komitmen dan semangat kerjasama antara jabatan, demi memastikan sambutan Jubli Perak berjalan lancar, penuh kemeriahan dan bersejarah.

#perliscentric

#PERLISLeADS

#perlisno1