Kandungan
19.04.2025 | SABTU
DATARAN PULAU KETAM, KUALA PERLIS
DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dan DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli ke Program Kilauan Warna Warni sempena Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda, ulang tahun ke-82 keputeraan, dan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kuala Perlis.
Majlis yang berlangsung di Dataran Pulau Ketam, Kuala Perlis ini disambut meriah oleh warga setempat yang hadir berpakaian ceria, penuh semangat raya dan semangat cintakan institusi diraja.
Yang Dipertua MPKangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah dijemput hadir bersama isteri dalam memeriahkan lagi sambutan berkenaan.
Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan pemerintahan dan ulangtahun keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.
#perliscentric
#perlisleads
#perlisno1