Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
Taman Merdeka
Denai Larian Pengkalan Asam
Laman Brasmana Kuala Perlis
@page_break@
Taman Rekreasi Tasik Melati
Tasik Melati merupakan sebuah tasik yang kecil tetapi sungguh permai. Ia bertempat di kawasan paya tanah rendah dan lokasinya lebih kurang 8 km timur dari Kangar. Tasik Melati ialah sebuah tasik yang cetek. Lebih daripada 150 tebing pulau dapat dilihat dari Tasik Melati. Sampan disediakan bagi pengunjung yang ingin mendayung sambil menikmati pemandangan.
Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat
Taman Negeri Wang Kelian
Taman Negeri Wang Kelian, merupakan syurga bagi pencinta alam dan penggemar eko-pelancongan. Berdekatan dengan sempadan Thai, terdapat 1,000 ha kawasan dalam Hutan Simpan Mata Ayer yang merupakan harta biodiversiti yang tidak ternilai. Hutan batu kapurnya juga kaya dengan fauna, termasuk pelbagai jenis burung, mamalia dan reptilia. Bagi penggemar jungle tracking, pengembaraannya bermula dari kawasan perkhemahan hingga ke Gua Wang Burma.
Taman Negeri Perlis
Kelab Golf Putra
Taman Ular dan Reptilia
Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. Terdapat kira - kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 sesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.
Taman Burung
Taman Herba
Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah "muzium" tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini. Sehingga tahun 2000. koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.