Langkau ke kandungan utama

Info Kangar

Audience based content

X
MPK

MPK

Perniagaan

Perniagaan

Permohonan

  • Element

Pelesenan

  • Element

Sewaan

  • Element

Sebutharga & Tender

  • Element
Anda di sini
Image
info

Kangar merupakan pusat pentadbiran Negeri Perlis dan berperanan sebagai pusat perdagangan utama. Kangar terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji. Kangar merupakan kawasan yang paling padat dengan pembangunan.

Kewujudan Bandar Kangar semenjak 350 tahun dahulu iaitu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah ke 14 iaitu Sultan Muhyiddin Mansor Shah. Kangar suatu ketika dahulu merupakan sebuah perlabuhan darat (Pengkalan) di mana perahu dan tongkang berlabuh. Ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis.

Bertempat di pengkalan inilah para pedagang berjual beli di bawah sebatang pohon tinggi dan merendang di kawasan itu. Pohon yang menjadi teduhan dan saksi kepada urusniagainilah yang bernama "Pohon Kangar". Setiap pedagang atau saudagar yang berulang alik ke tempat tersebut menggelarkan kawasan tersebut sebagai "Pelabuhan Pohon Kangar" bersempena nama pokok tersebut.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa andaian lain yang mengatakan bahawa asal-usul nama Bandar Kangar ini diambil dari bunyi sejenis burung iaitu burung helang "kangor". Pada masa awal kewujudan Bandar Kangar, terdapat banyak burung helang kangor berterbangan dikawasan ini.

Namum begitu, menjelang abad ke-20 fungsi "Perlabuhan Pohon Kangar" ini kian berkurangan dimana corak pengangkutan dan lalu lintas kian berubah. Pengangkutan air telah berubah kepada pengangkutan darat dimana banyak jalan-jalan raya mula dibina. Kenderaan yang dahulunya merupakan perahu dan tongkang telah bertukar kepada kereta dan lori.

Seterusnya pula, "Pelabuhan Pohon Kangar" ini berubah kepada pusat perniagaan dan pentadbiran di Negeri Perlis. Kini nama pengkalan telah luput dari sebutan penduduk dan yang tinggal hanyalah nama Kangar atau Pekan Kangar sahaja.

Kangar Pada Masa Kini

Kangar berubah wajah dari setahun ke setahun dengan pembangunan yang pesat dan terbinanya bangunan-bangunan baru menggantikan bangunan bangunan lama. Di samping pembangunan yang pesat ini, bangunan-bangunan lama dan bersejarah turut dipelihara sebagai mercu tanda Bandar Kangar. Dimana bangunan lama yang menjadi mercu tanda Bandar Kangar ialah Bangunan Jam Besar yang kini menjadi Bangunan Pejabat Menteri Besar. Selain dari itu, bangunan-bangunan lain adalah seperti Balai Polis Trafik Kangar, Sekolah Menengah Derma, Masjid Alwi, deretan kedai di sepanjang Persiaran Jubli Emas dan Hokkien.

Nama-nama jalan yang terdapat di Kangar juga diberi sempena sejarah Bandar ini seperti Jalan Penjara, Jalan Barrack, Jalan Home-Guard, dan Jalan Kelab Indera Kayangan. Walaupun penjara yang terdapat telah pun dipindahkan, tetapi nama tersebut masih dikekalkan.

Justeru itu, tidak hairanlah jika kita menemui beberapa buah kota di Negeri Perlis ini dan diantarannya ialah Kota Sena yang terdapat di Bandar Kangar. Hakikat sebenarnya, Bandar Kangar turut menyimpan pelbagai khazanah warisan senibina yang kian dilupakan oleh kerana ketiadaan penyimpanan bahan-bahan artifik sejarah yang sempurna di negeri ini pada suatu ketika dahulu

Sejarah dan Morfologi Bandar Kangar

Menurut sejarah, Bandar Kangar wujud semenjak tahun 1653 apabila Kota Sena dibina sebagai pusat pemerintahan yang didiami oleh Sultan Kedah ke-14 iaitu Sultan Muhyiddin Mansor Shah. Pada masa itu, Kangar merupakan sebuah pengkalan ( pelabuhan darat ) di mana perahu dan tongkang berlabuh khususnya kerana adanya Sungai Perlis yang mengalir melalui Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis. Bertempat di pengkalan inilah, para pedagang berjual beli di bawah sebatang pohon tinggi yang merendang di kawasan itu iaitu "Pohon Kangar" yang kemudiannya menjadi asal-usul terbentuknya nama bandar Kangar ini.

Walau bagaimanapun, terdapat andaian lain yang mengatakan bahawa asal-usul nama Bandar Kangar ini diambil dari bunyi sejenis burung iaitu burung helang 'kangor' (Spizaetus Limnaetu), yang banyak berterbangan di kawasan ini pada awal kewujudannya. Perlis pernah berada di bawah pemerintahan Kerajaan Siam, Kerajaan Jepun dan Kerajaan British. Pembangunan fizikal Kangar yang ketara berlaku ketika zaman pemerintahan British yang disebabkan oleh aktiviti perlombongan bijih timah. Ia bukan sahaja membawa kepada pembinaan jalanraya dan kemudahan awam, malah kemasukan buruh Cina untuk mengusahakan lombong bijih timah juga telah mencorakkan penempatan dan perniagaan awal yang moden di Bandar Kangar.

Morfologi Bandar

Pembangunan Bandar Kangar seperti yang dilihat pada hari ini mengambil masa kira-kira 400 tahun untuk berkembang. Pengasasannya sebagai sebuah bandar bermula seperti kebanyakan bandar-bandar lama lain di Malaysia, iaitu di pinggir sungai utama. Sungai Perlis memainkan peranan penting di dalam membentuk petempatan terawal di sini yang dilihat sebagai berpotensi sebagai sebuah pelabuhan darat yang menghubungkan antara Bandar Kangar dengan Kuala Perlis. Perkampungan Melayu seperti Kampung Pengkalan Asam yang wujud sehingga kini dipercayai merupakan petempatan terawal di Bandar Kangar berdasarkan perletakannya di sepanjang tepian Sungai Perlis yang mengalir melalui pusat bandar.

Sekitar tahun 1900, iaitu setelah sumber ekonomi baru ditemui dengan perlombongan bijih timah, rumah kedai yang diperbuat daripada batu dan lebih sempurna mula dibina oleh pedagang Cina di sepanjang jalan utama yang menghubungkan antara Kangar dan Alor Setar, dengan tumpuan di sepanjang Persiaran Jubli Emas. Bertolak dari pembangunan perniagaan tersebut, Bandar Kangar mula berubah menjadi pusat tumpuan aktiviti.

Tempoh sebelum merdeka menyaksikan pembinaan Derma English School pada 1948. Pada tahun 1970-an ketika Kerajaan Malaysia mula membangun, lebih banyak bangunan kerajaan telah dibina dan menguatkan lagi fungsinya sebagai pusat pentadbiran dan ibu negeri. Dari waktu tersebut hingga ke hari ini, tren pembangunan mula mengarah keluar daripada Jalan Kangar-Alor Star.

perlis2

perlis2

perlis12