Tarikh: 21 November 2023
Majlis Makan Malam MOU Pelancongan Mesra Muslim Bandaraya Ipoh telah diadakan di Hotel M Roof, Ipoh.
Kerja-kerja Penyelenggaran Pokok telah dilaksanakan oleh Pasukan Unit Seni Taman, Jabatan Landskap di Taman Desa Pulai.Majlis Perbandaran Kangar telah menerima aduan yang dilaporkan oleh penduduk Taman tersebut.
Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku akibat bencana.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Paintball MPKangar yang telah mendapat Naib Johan bagi kejohanan Paintball UniMAP Vice Chancellor Cup 2023 untuk kategori Jabatan Agensi Kerajaan.
Kejohanan ini telah diadakan padab18 November 2023 di perkarangan Universiti Malaysia Perlis sempena Pesta Konvokesyen UniMAP 2023. Hadiah Naib johan disampaikan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum UniMAP dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 400.00 serta medal.
#MPKRookieAllStar
#KelabSukanDanKebajikanMPKangar
#MPK
TAHNIAH
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR
Tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Kangar kerana telah memenangi tempat kedua bagi BEST CSR PERLIS COMMUNITY (GOVERMENT AGENCY) BEST TOP 3 WINNER di dalam International Symposium On Community Social Responsibility 2023 (i-CSR2023) yang dianjurkan oleh UiTM Arau, Perlis pada 7 November 2023 secara atas talian (webex). Pertandingan simposium ini disertai oleh 45 Jabatan/Agensi seluruh Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan dan juga universiti pendidikan tempatan.
Tarikh : 08 November 2023
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
Majlis Perbandaran Kangar, Perlis menerima kunjungan dan mengadakan Taklimat Kesedaran Kanser daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Roslan Bin Ahmad, Encik Muhammad Khairil Anuar dan Puan Nafizah Mohd Nafhis, wakil MAKNA.
Tarikh : 06 hingga 08 November 2023
Tempat : Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang, Pulau Pinang
Majlis Perbandaran Kangar telah menganjurkan Program Teach-In Dan Hands-On Proses 3 Hingga 6, Osc 3.0 Plus Online kepada Jabatan Teknikal Dalaman, Jabatan Teknikal Luaran serta Perunding dan Pemaju. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang, Pulau Pinang.