Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

MAJLIS ANUGERAH KHAS RAKAN STRATEGIK MAJLIS PERBANDARAN KANGAR PERLIS

MAJLIS ANUGERAH KHAS RAKAN STRATEGIK MAJLIS PERBANDARAN KANGAR PERLIS

Masa.     : 2.30 petang
Tempat. : Bilik Gunasama,
Pejabat Suk Negeri Perlis

Majlis Rakan Strategik Majlis Perbandaran Kangar diadakan adalah sebagai inisiatif dan penghargaan daripada pihak Majlis untuk mengiktiraf  kerjasama,  bantuan serta sokongan daripada kesemua 44 Jabatan Kerajaan/Swasta serta badan NGO sebagai penerima anugerah kerana telah sama-sama membantu dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat di Negeri Perlis.

MPK

Program Intervensi bagi Projek Inisiatif Behavioural Insights (BI) : Meningkatkan Penggunaan Teknologi Digital Dalam Urusan Pembayaran Cukai Tanah Cukai Taksiran di Negeri Perlis

Program Intervensi bagi Projek Inisiatif Behavioural Insights (BI) : Meningkatkan Penggunaan Teknologi Digital Dalam Urusan Pembayaran Cukai Tanah Cukai Taksiran di Negeri Perlis

Tarikh  : 24 - 25 Ogos 2022
Tempat:Putra Regency Hotel

Penglibatan Majlis Perbandaran Kangar untuk Bengkel Intervensi ini melibatkan wakil Majlis daripada:

a)Jabatan Perbendaharaan

b)Jabatan Undang Undang dan Penguatkuasaan

c)Unit Teknologi Maklumat

d)Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia.

MPK

PERMOHONAN LOT NIAGA UPTOWN PERSIARAN MAKANAN BINTONG 2022

Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad malam bermula 26, 27 & 28 Ogos 2022. Saiz lot adalah 10x10.

Terbuka kepada SEMUA jenis jualan (kering) KECUALI makanan dan minuman (jenis penyediaan di tapak adalah tidak dibenarkan) kecuali produk makanan dan minuman segera (produk yang dibungkus dengan amalan pengilangan yang baik)

Kadar Sewa  RM 5.00 per lot/malam yang bersaiz 10x10'

Borang permohonan boleh didapati dan dihantar di pintu B, kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan Majlis Perbandaran Kangar.

MPK

TAWARAN SEBAGAI OPERATOR TANDAS MAJLIS PERBANDARAN KANGAR PERLIS

Adakah anda yang kami cari?

Jawatan kosong sebagai pengendali Tandas Awam Seliaan Majlis Perbandaran Kangar.

Jika anda berminat tuan/puan boleh mengambil borang permohonan di kaunter Pelesenan Pintu B dan di Pejabat Cawangan yang berhampiran.

Tarikh tutup permohonan pada 2 September 2022, Jumaat.

#jabatankesihatanpersekitaran
#pengendalitandasawam

MPK

Pusat Internet Batas Lintang, Simpang Empat, Perlis

Pusat Internet Batas Lintang, Simpang Empat, Perlis

PROGRAM KEMASYARAKATAN BERSAMA KOMUNITI: PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA MEGA DUN SIMPANG EMPAT TAHUN 2022

Program Kacau Bubur Asyura Mega Dun Simpang Empat merupakan Pelaksanaan  Program Di Bawah Peruntukan Ahli Majlis, MPKangar Tahun  2022. Program ini telah dilaksanakan oleh Encik Marzuki Bin Ahmad dan Puan Latifah Binti Hamzah, Ahli Majlis DUN Simpang Empat.

Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, EXCO Pertanian Dan asas Tani yang juga merangkap ADUN Simpang Empat.

MPK

PROGRAM AHLI MAJLIS KAWASAN DUN TAMBUN TULANG - SUMBANGAN KERUSI BATU KEPADA SEKOLAH- SEKOLAH RENDAH DUN TAMBUN TULANG

PROGRAM AHLI MAJLIS KAWASAN DUN TAMBUN TULANG - SUMBANGAN KERUSI BATU KEPADA SEKOLAH- SEKOLAH RENDAH DUN TAMBUN TULANG

Masa.    : 9 pagi
Tempat : Sek.Keb Utan Aji

Penyampaian sumbangan kerusi batu kepada 4 orang guru besar  sekolah kebangsaan di DunTambun Tulang disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, EXCO Pertanian Dan Asas Tani mewakili Dato.Seri Shahidan Bin Kassim Ahli Parlimen Arau .Kehadiran Yang Berhormat disambut oleh pasukan kompang Sekolah Kebangsaan Utan Aji.