Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

MAJLIS PENANAMAN POKOK BAGI MENYOKONG KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK ANJURAN MAJLIS BERSAMA JABATAN, INSTITUT PENYELIDIKAN PERTHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

Tarikh : 11 Ogos 2022
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Stesen Penyelidikan FRIM Mata Ayer, Perlis

Majlis ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran serta penglibatan MBJ FRIM bersama Jabatan / Agensi kerajaan di Negeri Perlis dalam usaha pemuliharaan alam sekitar melalui aktiviti penanaman pokok.  

Turut hadir ke Majlis penanaman pokok tersebut adalah Puan Noorazlinda Binti Ahmad, Pengarah Pejabat Cawangan Padang Besar.

MPK

Majlis Perasmian dan Perlaksanaan Gotong Royong Sempena Kempen Premis Makanan Bersih Peringkat Majlis Perbandaran Kangar Tahun 2022.

Majlis Perasmian dan Perlaksanaan Gotong Royong Sempena Kempen Premis Makanan Bersih Peringkat Majlis Perbandaran Kangar Tahun 2022.

Tarikh. : 11 Ogos 2022
Tempat: Medan Selera Repoh

Turut hadir Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar,SUB Bahagian Kerajaan Tempatan dan Ahli Majlis Kawasan Sena.

Tahniah untuk team gotong royong Medan Selera Repoh.

#PerlisBersihIndahSihat
#MPKDihatiRakyat

MPK

KEJOHANAN SUKAN PBT MALAYSIA (MALA) PING PONG 2022 DI PEKAN, PAHANG

Acara penyerahan bendera Majlis dan pendent telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar Raziff bin Yaacob di Dewan Sivik, Arau. Tuan Setiausaha jugak telah memberikan kata-kata semangat untuk skuad ping pong MPKangar untuk terus berusaha sehingga ke akhir perlawanan dan mengutamakan semangat kesukanan yang tinggi dalam apa jua sukan yang disertai.

Majlis Perbandaran Kangar telah menghantar 14 orang wakil untuk menyertai kejohanan ini.

MPK

OPERASI BERSEPADU MENANGKAP KUCING TERBIAR BERSAMA NGO BUSTANA KUCING

Tarikh : 4 Ogos 2022
Tempat : Medan Selera Padang Besar

Majlis Perbandaran Kangar bersama NGO Bustana Kucing telah mengadakan operasi menangkap kucing-kucing terbiar di kawasan Medan Selera Padang Besar.

Operasi ini disertai oleh kakitangan Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, kakitangan Pejabat Cawangan Padang Besar dan pihak Bustana Kucing.
 
#operasibersepadu
#bustanakucing
#medanseleraPadangBesar

MPK

PAVILLION RUMAH PERLIS

Jom beramai ramai ke MAHA Maeps,Serdang 4 hingga 14 Ogos 2022.Saksikan dengan lebih dekat keunikan Pavillion Rumah Perlis Yang bertemakan Sekuriti hb Makanan Untuk Masa Depan

Kreativiti kakitangan Jabatan Landskap MPKangar yang mengenengahkan Konsep “Rustic Garden” iaitu Konsep tanaman herba yang mana boleh di tanam dan di usahakan di rumah untuk mencapai konsep Sekuriti makanan masa depan.

Tarikan utama dengan konsep ini, Jabatan Landskap juga membina “Chicken Tunnel” antara salah satu tarikan dan idea untuk diaplikasikan kepada orang awam.

MPK

OPERASI PEMERIKSAAN BERKALA DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN SEKITAR JALAN MEDAN, KANGAR

Turut serta di dalam operasi adalah Setiausaha, Majlis Perbandaran Kangar bersama-sama kakitangan Jabatan Undang-undang & Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pelesenan.

Operasi dijalankan bagi memastikan setiap premis perniagaan beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan. Di antara skop operasi ialah seperti berikut:

MPK

PERSIAPAN AKHIR MAJLIS PERBANDARAN KANGAR DALAM PROGRAM MAHA 2022 UNTUK HIASAN LANDSKAP (PAVILION) RUMAH PERLIS

Persiapan akhir untuk kerja kerja hiasan dan landskap oleh kakitangan Jabatan Landskap MPKangar yang terlibat di dalam menyiapkan(pavilion) rumah perlis di MAHA 2022.

Jabatan Landskap diketuai oleh Puan Nor Asma bt Nordin dan dibantu oleh 14 orang kakitangan yang berkemahiran didalam hiasan dan landskap.

Tahniah diucapkan atas komitmen dan penglibatan yang padu untuk menyiapkan "Pavillion Rumah Perlis".

#MAHA2022
#JabatanLandskapMPKngar
#RumahPerlis

MPK

LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM PERLIS BERSIH INDAH SIHAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERLIS BAGI TAHUN 2022

LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM PERLIS BERSIH INDAH SIHAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERLIS BAGI TAHUN 2022

Tarikh : 02 Ogos 2022
Tempat : Pesisir Pantai Kuala Perlis
 
#PerlisBersihIndahSihat
#HariKebangsaan2022
#KualaPerlis