Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Tinjauan kerosakan akibat ribut yang melanda pada petang 7 April 2022 (Khamis) di lokasi sekitar Kuala Perlis:

8 April 2022

Tinjauan kerosakan akibat ribut yang melanda pada petang 7 April 2022 (Khamis) di lokasi sekitar Kuala Perlis:

1. Khemah penempatan sementara peniaga Pasar Kuala Perlis; dan
2. Medan Ikan Bakar, Kuala Perlis.

Hadir bersama ialah Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar dan Ahli Majlis kawasan Kuala Perlis bersama-sama pegawai Majlis Perbandaran Kangar.

Tindakan segera akan dilaksanakan bagi membaiki kawasan-kawasan terjejas yang berkaitan.

MPK

Bazar Ramadhan 2022

Suasana hari pertama bazar ramadan seliaan Majlis Perbandaran Kangar di Fasa Peralihan Endemik.

1. Bazar Ramadhan Kangar ( Persiaran Wawasan )

2. Bazar Ramadhan Arau

3. Bazar Ramadhan Kuala Perlis

Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Perlis bersama-sama pegawai kanan kedua-dua agensi.

#MPKDihatiRakyat
#BazarRamadan
#kitajagakita

MPK

Kursus Asas Perundangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Anggota Majlis (Ahli Majlis), Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi tahun 2022

Kursus Asas Perundangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Anggota Majlis (Ahli Majlis), Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi tahun 2022.

Hari Kedua
Tarikh : 29 Mac 2022
Tempat : The Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis

MPK

LAWATAN KERJA PENANDARASAN JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

LAWATAN KERJA PENANDARASAN JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

Tarikh : 29 Mac 2022 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Mesra

MPKangar telah menerima lawatan kerja kakitangan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota penguatkuasaan untuk bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman kerja, berkongsi idea-idea baharu serta menambah baik teknik pengoperasian dalam mendepani cabaran tugasan harian penguatkuasaan.

MPK

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Azman Bin Mohd Yusof atas perlantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkuatkuasa pada 30 Mac 2022.

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Azman Bin Mohd Yusof atas perlantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkuatkuasa pada 30 Mac 2022.

Sekalung penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmatan sebagai Setiausaha Kerajaaan Negeri Perlis. Semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan.

MPK

Kursus Asas Perundangan PBT Anggota Majlis (Ahli Majlis), Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi Tahun 2022

Kursus Asas Perundangan PBT Anggota Majlis (Ahli Majlis), Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi Tahun 2022.

Hari Pertama
28 Mac 2022
The Putra Regency Hotel, Kangar, Perlis

Slot 1:
Taklimat Umum MPKangar Dan Peranan Ahli Majlis
Penceramah: Encik Raziff Bin Yaacob
Setiausaha, MPKangar

Slot 2:
Laporan Kewangan MPK.Ps Tahun 2020 Dan 2021
Penceramah : Puan Fadlisanif Adlini Binti Ghazali
Pen. Pengarah Jabatan Perbendaharaan

MPK

Ucapan Tahniah dan Terima Kasih kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Y.B Tuan Azman Bin Mohd Yusof .

Ucapan Tahniah dan Terima Kasih kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Y.B Tuan Azman Bin Mohd Yusof .

Majlis Perbndaran Kangar yg diwakili oleh Tuan Setiausaha, Encik Raziff Bin Yaakob berkesempatan menziarahi Yb dan mengucapkan  terima kasih atas kerjasama serta sokongan YB Azman Bin Yusof kepada MPKangar sepanjang berkhidmat di Negeri Perlis. MPKangar mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat dan pertukaran YB ke tempat yang baru.