Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

PROGRAM KOMUNITI BERSIH DAN CERIA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS BERSAMA PENDUDUK PPR SENA, PERLIS

PROGRAM KOMUNITI BERSIH DAN CERIA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS BERSAMA PENDUDUK PPR SENA, PERLIS

Tarikh : 16 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : PPR Sena, Kangar

Program ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti sihat dan memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

MPK

MAJLIS PENYERAHAN ‘MOCK CHEQUE” PERTANDINGAN KOMUNITI BANDAR ZON HIJAU COVID-19

MAJLIS PENYERAHAN ‘MOCK CHEQUE” PERTANDINGAN KOMUNITI BANDAR ZON HIJAU COVID-19


Pada 16.10.2021 (Jumaat) jam 9.30 pagi telah berlangsung Majlis Penyerahan “Mock Cheque” Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau Covid-19 di PPR Seri Sena, Kangar.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan sesi penyerahan “Mock Cheque” berjumlah RM 1,000.00 telah disampaikan oleh Tuan Hasbullah bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Perlis kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Seri Sena.

MPK

Sempena Hari Sukan Negara 2021 Kelab Sukan dan Kebajikan MPK mengadakan Pertandingan Woodball

Sempena Hari Sukan Negara 2021, Kelab Sukan dan Kebajikan MPK telah mengadakan Pertandingan Woodball yang disertai oleh 30 orang kakitangan Majlis Perbandaran Kangar pada 10 September 2021.

Lokasi pertandingan adalah di Laman Woodball Dararan Dato’ Sheikh Ahmad.

#HariSukanNegara2021
#majulahsukanuntuknegara
#sukanuntuksemua

MPK

Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Encik Fadis A/L Etom, Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Kayang SUMBANGAN BAKUL MAKANAN

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN
Tarikh : 09.10.2021 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pusat Khidmat DUN Kayang

Pagi ini dilaksanakan Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Encik Fadis A/L Etom, Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Kayang. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Hamizan Bin Hassan, EXCO Kemudahan Dan Prasarana Awam juga merangkap ADUN Kayang dan Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

MPK

Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Puan Azimah Binti Mahmud, Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Beseri SUMBANGAN PERALATAN

SUMBANGAN PERALATAN
Tarikh : 09.10.2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Khidmat DUN Beseri

Pagi ini dilaksanakan Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Puan Azimah Binti Mahmud, Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Beseri. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Ruzaini Bin Rais, EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.