Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) telah menganjurkan Program Kitar Semula “Trash To Cash” Bersama Komuniti Dun Santan, Perlis seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Taman Santan 2, Perlis

Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat bahawa sampah atau barangan terpakai boleh dikitar semula dan ditukar menjadi wang tunai.  Selain itu, program ini dapat mendidik dan menggalakkan komuniti tentang kepentingan pengurusan sisa pepejal yang lebih yang lebih sempurna melalui amalan 3R iaitu Mengurangkan (Reduce), Guna Semula (Reuse) dan Kitar Semula (Recycle). Oleh yang demikian, kita dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tempat pembuangan sampah setiap hari dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui pembuangan sampah yang tidak terurus.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Azizan Bin Sulaiman, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Pengisian aktiviti dalam program tersebut adalah Pertandingan ‘MasterChef’ Komuniti Dun Santan yang melibatkan 4 kampung dan turut diadakan pertandingan mewarna bagi kanak kanak tadika.

Tuan Norazlan bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Raziff bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar turut hadir bersama untuk memberi sokongan bagi perlaksanaan program ini.

Terima kasih kepada Ahli Majlis Kawasan Santan (Encik Mohd Elfy Bin Yaakob),Swcorp,Eidaman,Pusat Khidmat Dun Santan Santann,Jpkk Kawasan Santan,peserta program dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program ini.

#LA21
#KPKT
#MPKangar
#SWCorp
#E-Idaman