Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Acara penyerahan bendera Majlis dan pendent telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar Raziff bin Yaacob di Dewan Sivik, Arau. Tuan Setiausaha jugak telah memberikan kata-kata semangat untuk skuad ping pong MPKangar untuk terus berusaha sehingga ke akhir perlawanan dan mengutamakan semangat kesukanan yang tinggi dalam apa jua sukan yang disertai.

Majlis Perbandaran Kangar telah menghantar 14 orang wakil untuk menyertai kejohanan ini.

MPKangar telah diundi dalam Kumpulan B bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan tuan rumah kejohanan MALA Majlis Daerah Pekan (MDPekan).

Walaupun tidak dapat meneruskan ke peringkat seterusnya, Alhamdulillah pasukan Ping Pong MPKangar telah berjaya menghabiskan perlawanan di peringkat kumpulan yang agak sengit antara PBT yang lain.

MPKangar tetaplah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Tahniah dan terima kasih atas semangat yang membara dari skuad Ping Pong MPKangar. Semoga berjumpa lagi di kejohanan sukan yang seterusnya.

#MPKangar
#mpkdihatirakyat
#majulahsukanuntukpbt
#MALA2022
#pingpongpbt