Skip to main content
You are here

Kandungan

Kandungan

Tarikh : 1 Ogos 2024
Masa : 8.00 pagi
Tempat : The Putra Regency Hotel, 01000 Kangar, Perlis

Majlis Perbandaran Kangar telah mengadakan satu sesi townhall bersama Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kangar.

Tujuan sesi townhall ini diadakan bagi mendapatkan maklumbalas serta berkongsi maklumat pemajuan melalui kaedah yang terbaik serta bersama-sama pihak pemaju dan perunding swasta dalam membangunkan Negeri Perlis ke arah mencapai Negeri Perlis Bandaraya Kangar Bandar Sejahtera selaras dengan Wawasan Rancangan Tempatan MPKPs 2035.

Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar telah hadir dalam sesi townhall ini.

Hadir bersama dalam sesi townhall ini adalah Ahli-ahli Majlis MPKangar, Pengarah-Pengarah Jabatan Dalaman MPKangar, Jabatan Teknikal Luaran dan wakil-wakil Jabatan Dalaman MPKangar serta pemain industri iaitu Pemaju dan Perunding.

Sesi dimulakan dengan taklimat OSC 3.0 Plus dan OSC 3.0 PLUS Online daripada Encik Azizi bin Sabu, Penolong Pengarah Unit Pusat Setempat (OSC) berkenaan penambahbaikan sistem OSC 3.0 Plus dan OSC 3.0 Plus Online.

Penyertaan seramai 140 orang daripada pelbagai pihak berjaya menjadikan platform Townhall ini sebagai satu mekanisme perancangan yang dinamik bagi menggalakkan pembangunan Negeri Perlis secara holistik.

Terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan pendapat dan pandangan dalam sesi townhall ini.