30 April 2025: Satu taklimat berkaitan Pengurusan Tatacara Smart Parking Negeri Perlis bersama Syarikat Snatch Park Biz Solutions telah diadakan di Dewan Mesra, MPKangar pada jam 8.30 pagi yang melibatkan semua Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MPKangar. Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan dan pencerahan kepada semua Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MPKangar.
28 April 2025 (Isnin) | 3.00 Petang
Hotel Seri Malaysia Kangar
Yang Dipertua MPKangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah dijemput hadir ke Majlis Peluncuran Program Permata Kasih (PEKA) Simpan SSPN yang telah disempurnakan oleh DYMM Raja Negeri Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Turut berangkat sama, DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
#perliscentric
#PERLISLeADS
#perlisno1
28 April 2025 (Isnin) | 10 Pagi
Masjid Nurus Said Santan, Kg. Santan, Kangar, Perlis
Yang Dipertua MPKangar, Tuan Hj Affendi Rajini Kanth telah dijemput untuk perbincangan Program Santuni Madani yang diadakan di Masjid Nurus Said Santan, Kg. Santan, Kangar, Perlis.
Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan iaitu Ybhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad.
#perliscentric
#PERLISLeADS
#perlisno1
27 April 2025 (Ahad) | 02.15 Petang
Bilik Mesyuarat ICU Negeri Perlis
Yang Dipertua MPKangar ,Tuan Affendi Rajini Kanth telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan ini yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Diraja Anwar Bin Ibrahim.
#perliscentric
#PERLISLeADS
#perlisno1
27 April 2025 | Sabtu
Yang Dipertua MPKangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, telah dijemput bagi menghadiri majlis ini sebagai tanda sokongan kepada inisiatif memperkasakan sektor pertanian dan usahawan tempatan.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkifli, Pengerusi FAMA.
Semoga penganjuran ini terus menjadi platform penting dalam memartabatkan industri agro makanan negeri Perlis.
#perliscentric
#PERLISLeADS
#perlisno1