Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM PERMATA KASIH (PEKA) SIMPAN SSPN

28 April 2025 (Isnin) | 3.00 Petang
Hotel Seri Malaysia Kangar

Yang Dipertua MPKangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah dijemput hadir ke Majlis Peluncuran Program Permata Kasih (PEKA) Simpan SSPN yang telah disempurnakan oleh DYMM Raja Negeri Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Turut berangkat sama, DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

#perliscentric
#PERLISLeADS
#perlisno1

MPK

PROGRAM SANTUNI MADANI KAMPUNG SANTAN, KANGAR, PERLIS

28 April 2025 (Isnin) | 10 Pagi
Masjid Nurus Said Santan, Kg. Santan, Kangar, Perlis

Yang Dipertua MPKangar, Tuan Hj Affendi Rajini Kanth telah dijemput untuk perbincangan Program Santuni Madani yang diadakan di Masjid Nurus Said Santan, Kg. Santan, Kangar, Perlis.

Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan iaitu Ybhg Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad.

#perliscentric
#PERLISLeADS
#perlisno1

MPK

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 PASAR TANI PERINGKAT NEGERI PERLIS ANJURAN FAMA PERLIS

27 April 2025 | Sabtu

Yang Dipertua MPKangar, Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, telah dijemput bagi menghadiri majlis ini sebagai tanda sokongan kepada inisiatif memperkasakan sektor pertanian dan usahawan tempatan.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkifli, Pengerusi FAMA.

Semoga penganjuran ini terus menjadi platform penting dalam memartabatkan industri agro makanan negeri Perlis.

#perliscentric
#PERLISLeADS
#perlisno1