Kerja-kerja penyelenggaraan landskap di Pintu Masuk Pauh/ Changlun yang dijalankan oleh Jabatan Landskap, Pelancongan Dan Senitaman sempena sambutan Jubli Perak DYMM.
Persiapan MPKangar Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 DYMM Tuanku Raja Perlis..
DAULAT TUANKU!!!
Kebersihan kawasan awam dan pelancongan adalah tanggungjawab semua. Setiap pengunjung perlu membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan bagi memastikan persekitaran kekal bersih dan selesa.
Tindakan membuang sampah merata-rata mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan serta imej tempat pelancongan.
Kakitangan Jabatan Landskap, Pelancongan dan Senitaman MPKangar telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan Arked Niaga Padang Besar susulan lambakan sampah ekoran daripada musim cuti dan perayaaan baru baru ini.
MPKangar telah mengadakan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi bulan Ogos, September dan Oktober tahun 2024 kepada kakitangan MPKangar.
Objektif majlis ini adalah untuk menghargai sumbangan serta komitmen tinggi kakitangan MPKangar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas.
Seramai 21 orang kakitangan dan seorang pengarah telah dipilih untuk menerima APC bulanan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua MPKangar.
21 Mac 2025
SESI PERKONGSIAN:
MPKangar telah mengadakan Sesi Perkongsian Budaya Kerja Ikhlas Untuk Cemerlang Bersama Yang Dipertua MPKangar bersempena pengisian Slot Ramadan kepada kakitangan MPKangar.
Sesi perkongsian ini bertujuan untuk memahami maksud sebenar ikhlas dalam melaksanakan tugas dan meningkatkan kesedaran kepada semua warga kerja MPKangar bahawa bekerja dengan ikhlas bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga kepada MPKangar dan masyarakat secara keseluruhan.
SESI PERKONGSIAN SLOT RAMADAN :
ERTI BERSYUKUR SEADANYA
MPKangar telah mengadakan Sesi Perkongsian Erti Besyukur Seadanya Bersama Yang Dipertua MPKangar di minggu terakhir bulan Ramadan.
Tarikh : 27 Mac 2025
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Mesra
Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi kefahaman tentang pentingnya bersyukur dalam aspek kehidupan, pekerjaan, mahupun hubungan sosial.
Sesi Perkongsian ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.