Event Date
Event Date
Kandungan
Kandungan
MPKangar telah mengadakan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi bulan Ogos, September dan Oktober tahun 2024 kepada kakitangan MPKangar.
Objektif majlis ini adalah untuk menghargai sumbangan serta komitmen tinggi kakitangan MPKangar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas.
Seramai 21 orang kakitangan dan seorang pengarah telah dipilih untuk menerima APC bulanan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua MPKangar.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC bulanan atas pencapaian yang membanggakan. Semoga terus bersemangat dalam menyumbang kepada kecemerlangan MPKangar.